Dipembaringan aku merenung.. putaran kipas tanpa henti.. sejuk nyaman selesa terasa.. aku hargai khidmat mu.. tanpa merungut berbakti sentiasa.. bebayang mu disinar cahaya.. lemah longlai lesu suram.. umpama diriku yang kehilangan.. mencari kasih tidak kesampaian..
Rintihan jiwa siapa tahu.. air muka menutup segala.. menyorok hati yang terluka.. jiwa sangsara duka lara.. setiap kali menutup mata.. fikiran berputar sentiasa.. tidur tidak lena badan merana.. mengapa aku bukan dia bukan mereka.. aku lemah sentiasa diduga.. kesaorangan bersendirian tanpa haluan..
Menitis air mata satu persatu.. mata berkaca retak seribu.. pandangan kabur tidak bertumpu.. melayang aku diawangan.. terlena aku jua akhirnya.. terlena disaluti jiwa yang membara..
Kicauan burung memecah hening.. mencari rezeki di subuh hari.. berterbangan ke sana ke mari.. berkicau riang suka hati.. mengapa aku merintih begini.. bagai tak upaya mencari diri.. berkurung dalam lingkungan.. mengharap yang pipih datang melayang.. yang bulat datang menggolek.. kudrat yang ada di sia sia kan..
Aku perlu bangkit segera.. bangkit dari keruntuhan.. berubah menjadi insan berwawasan.. buang kehibaan kesengsaraan kesayuan.. itu semua hanya perasan.. mainan fikiran dirasuk setan.. aku berjanji pada jiwa.. berjanji pada raga.. akan aku mengubah segala.. yang tersirat mahupun yang tersurat.. diimbangi dengan semangat..
Ja bangun sayang… sudah masuk subuh.. segera tunaikan apa yang telah kita sumpahkan.. sejak azali zaman berzaman.. nenek ku sayang.. perihatin dalam setiap gerakan.. kau lah nenek kau lah rakan.. mengenali diri ku luar dalam.. apa yang ku rasa dapat kau telah.. tidak dapat disembunyi mahupun berhelah..
Ye nek.. Ja dah bangun ni.. cuma belum bangkit.. memasang angan dipinang putri jelita.. aku berseloka.. nenek ku tertawa.. bahagia.. Ye lah tu.. kata orang tua tua.. jangan mudah memasang angan.. kelak nanti merana badan.. sahut nenek yang penuh pengalaman.. apa di kata tersirat makna.. terpulang kita untuk mentafsirkannya..
Bangkit perlahan bersenam ringan.. mengalir darah seluruh badan.. hilang lenguh hilang sengal… badan menjadi segar bugar.. memula hari penuh ceria.. azam baru sudah bermula.. menapak kemas langkah pertama.. menuju bilik kecil itu yang utama..
Sejuk benar air terasa.. mungkin semalam berteman embun.. menggigil aku gigi berlaga.. meresap dingin di ubun ubun.. apa nak di kata mandi kilat lah jawabnya.. membersih diri sekadarnya.. mensuci diri siap acara.. melangkah keluar siap sedia.. dua rakaat selesai sudah.. di angkat tangan berdoa memohon..
Ya Allah.. berkatilah ampunkan kedua orang tua ku, ninda-ninda ku, kaum keluarga ku, diriku dan umat Mu sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. .. tetapkan imanku dijalan Mu yangbenar... murahkan rezeki murahkan segala.. lorongkan hati ku kepada kebenaran.. lindungi aku dari kejahatan.. aku insan Mu yang lemah.. berdoa berharap mendapat hikmah.. Ya Allah.. aku berazam akan mengubah.. sikap yang lama ku tinggal sudah.. bantulah aku mengharung hidup.. sesungguh aku tidak upaya.. hanya Mu Ya Allah yang Maha Berkuasa punya segala.. amin.. amin Ya Rabalalamin..
Selesai berdoa.. nenek muncul.. tepat pada waktunya seperti biasa.. sebelum dia bersuara aku berkata sambil mengajuk suaranya.. Ja.. lepas sembahyang tu.. pergi ke dapur.. nenek dah siapkan sarapan.. berderai kami ketawa.. apa tidaknya aku sudah menyata apa yang akan nenek kata.. sudah hafal baris ayatnya.. kerana saban masa ungkapan nya sama.. aku yang ingin bermanja..
Ketawa sudah reda.. menuju dapur menjamu rezeki… ubi rebus kelapa bergula.. kopi o pekat menambah selera.. rasa tamak mula melanda.. tersedak sedak gopoh lakunya.. nenek tua geleng kepala.. cucu yang satu kalut orangnya.. aku senyum bergigi penuh.. nenek membalas nampak gusi.. tentunya terlupa memasang gigi...
Nenek mana gigi nya.. tak lawa tidak berseri.. baru nenek perasan.. pagar palsu belum terpasang.. terendam dia dalam takungan.. putih bersih tersusun rapi.. Ja ambilkan kat atas almari tu.. aku yang menurut perintah.. segera aku kembali gigi ditangan.. diketap ketap memamah angin.. nenek marah kerana bermain..
Sambil menikmati sarapan.. aku berbual mesra.. banyak yang aku tanya.. mana yang boleh ada jawabnya.. mana yang tidak nenek diam sahaja.. mengunyah ubi perlahan lahan.. menghirup kopi menghidu aroma.. segar sedap kopi cap kapal api (iklan sikit he he).. nek.. Ja nak tanya sesuatu.. tapi perkara ini sulit sedikit.. aku bersuara seperti berbisik.. (bersambung)
Posted at 12:00 am by kak-rah
Permalink